Marek Jankulovski
Marek Jankulovski

Marek Jankulovski

† Kemunculan (Gol).
Marek Jankulovski (lahir 9 Mei, 1977 di Ostrava, Republik Czech) merupakan pemain bola sepak Republik Czech yang bermain di posisi bek kiri. Beliau ketika ini bermain untuk A.C. Milan di Serie A Itali dan merupakan Pemain Terbaik Czech untuk musim 2007/08.Ayah beliau Pando Jankulovski berbangsa Macedonia yang berhijrah ke Czechoslovakia dari Macedonia.[1] Ibu beliau pula merupakan bangsa Czech. Sebelum menyertai Milan, beliau bermain untuk Baník Ostrava (1994-2000), Napoli (2000-02), dan Udinese (2002-05). Untuk pasukan kebangsaan Czech, beliau bermain di Euro 2000, Euro 2004, Euro 2008, dan Piala Dunia 2006. Jankulovski menyertai AC Milan dari Udinese pada permulaan musim 2005-06 setelah musim yang cemerlang bersama Udinese. Jankulovski kurang menyerlah pada musim pertamanya tetapi menjadi antara pemain terbaik Milan sewaktu musim 2006-07, dengan menjaringkan tiga gol, termasuk satu gol cantik dari jarak 25 meter, yang dijaringkan sewaktu menentang Livorno. Pada 23 Mei 2007, beliau mengambil bahagian dalam kemenangan 2-1 di final Liga Juara-Juara UEFA menentang Liverpool FC. Beliau juga menjaringkan gol kedua dalam kemenangan Milan ke atas FC Sevilla dalam Piala Super UEFA 2007 yang diadakan pada 31 Ogos, 2007 dengan volley yang cantik setelah menerima hantaran dari Andrea Pirlo.Pada 28 Mei, 2008, Jankulovski dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Czech", dengan Petr Čech di tempat kedua.[2]